cubalah berfikiran RASIONAL sedikit ... berfikir dahulu sebelum membuat keputusan ... nanti hati yang merana . kawan-kawan nak tahu tak perbezaan ego lelaki dan perempuan .. jom kita dengar sama-sama :)
EGO LELAKI
Keegoan seorang lelaki akan timbul/wujud bila dirinya
"sempurna" sama ada dari segi kewangan, paras rupa atau kelebihan
yang ada pada dirinya. Namun, golongan seperti ini tidak ramai kerana
kebanyakkan lelaki lebih bersikap berfikiran terbuka dengan pelbagai
perkara.
Hal ini tidak dapat dinafikan juga kerana lelaki di
anugerahkan sembilan akal dan satu nafsu. Bermakna, lelaki lebih pandai
berfikir berbanding perempuan. Namun begitu, ada kelemahannya iaitu jika lelaki
tidak menggunakan kelebihannya itu kearah kebaikkan. Maka lelaki itu akan
menjadi 'liar' atau banyak berfikiran negatif. Sebaliknya, kelebihan lelaki
akan berlipat ganda bila dia bijak menggunakan kelebihannya itu kearah
'kebaikkan' atau sesuatu yang bermanfaat.
Dalam kenyataan ini, keegoan lelaki wujud apabila tidak
menggunakan akalnya dengan baik dan akan bersikap 'bodoh sombong'. Sikap ego
yang negatif ini wujud bila dirinya DICABAR dengan sesuatu yang 'bodoh' atau
perkara yang sia-sia dan akan memakan dirinya sendiri.
Lelaki bersikap ego apabila dirinya dikelilingi perempuan.
Betol ke? Ada sebabnya... Lelaki memang ingin kelihatan 'macho' atau 'hebat'
dikalangan perempuan. Kenapa?
EGO PEREMPUAN
Perempuan juga bersikap ego apabila menyedari dirinya
sempurna terutamanya dari segi kecantikkan dan taraf pendidikkan. Golangan
perempuan mempunyai keegoan yang lebih tinggi berbanding lelaki dan agak rendah
perempuan yang mampu "mengawal" ego mereka, dengan kata lain, tidak
ego.
Lebih-lebih lagi, sejak kepentingan wanita 'dibela' dengan
kata lain memperjuangkan hak-hak wanita. Hal ini secara tidak langsung
"membakar" semangat para wanita untuk berjaya dan mempunyai masa
depan yang cerah kerana ingin dirinya dihargai dan dihormati. Memang benar dan
tidak salah, hak-hak wanita perlu diperjuangkan untuk melindungi para wanita.
Dan kesannya juga positif, wanita kebanyakkan mampu berjaya setanding dengan
kaum lelaki tanpa merasa diri mereka(wanita) akan dipinggirkan jika mereka
berkemampuan dalam sesuatu bidang.
Namun begitu, ada kesan negatif yang agak ketara walaupun
tidak salah dari segi undang-undang namun kesannya boleh menjejaskan cara hidup
manusia yang sedia kala. Antaranya, perempuan yang berjaya merasa dirinya boleh
hidup tanpa suami. Jelas sekali, keegoan yang tinggi dimiliki oleh perempuan
tersebut.
Memang kita tidak boleh menghalang mereka(perempuan)
berbuat begitu kerana mereka mempunyai hak untuk hidup dengan caranya sendiri.
Andai kata majoriti perempuan berfikiran begitu, apa kesannya? Sudah tentu
peratusan perempuan enggan berkahwin semakin meningkat seterusnya menyebabkan
golongan lelaki tidak mampu untuk memperisterikan golongan seperti mereka. Hal
ini kerana, ego perempuan itu sendiri iaitu merasakan dirinya sangat
"mahal" untuk diperisterikan.
Bagaimana pula lelaki yang berkerjaya tinggi? Adakah lelaki
mengambil berat tentang hal itu? Semestinya tidak, kerana kaum lelaki tidak
memikirkan taraf hidup si perempuan itu. Sebaliknya menitik beratkan sikap atau
ciri-ciri yang sesuai untuk menjadi teman hidupnya supaya mampu bertolak ansur
dalam pelbagai cabaran yang bakal dihadapi semasa berumahtangga kelak.
Jelaslah, lelaki tidak ego dalam hal ini.
Kebanyakkan perempuan juga jarang memiliki sikap bertolak
ansur dan sering mempertahankan idea atau keputusan yang ingin dibuat. Berbeza
dengan lelaki, kerana mereka 'fleksibel' atau berfikiran terbuka dalam membuat
keputusan dan menerima pendapat. Hal ini terbukti apabila kaum lelaki menerima pendapat
isu tentang "menjaga kepentingan hak-hak wanita".
Namun begitu, mengapa perempuan tidak bersikap terbuka dan
kurang menerima apabila "lelaki ingin berpoligami" menjadi isu?
Adakah berpoligami itu salah? Semestinya tidak, kerana Islam telah membenarkan
lelaki berpoligami maksimum empat orang isteri. Sudah tentu ada sebabnya Islam
membenarkannya kerana Allah Maha Mengetahui dan Dia tahu akan sifat mahkluk
ciptaan-Nya. Lelaki memiliki cuma satu nafsu iaitu keinginan untuk melakukan
seks dan adalah Halal apabila lelaki memperisterikan seorang perempuan mengikut
syarat yang telah ditetapkan dalam Islam. Apabila lelaki mempunyai cukup syarat
untuk beristeri dua, tiga atau empat, maka bukan menjadi kesalahan seorang
lelaki untuk berbuat demikian. Namun, ramai kaum perempuan tidak setuju untuk
menerima hakikat. kurang menerima apabila "lelaki ingin berpoligami"
menjadi isu? Adakah berpoligami itu salah? Semestinya tidak, kerana Islam telah
membenarkan lelaki berpoligami maksimum empat orang isteri. Sudah tentu ada
sebabnya Islam membenarkannya kerana Allah Maha Mengetahui dan Dia tahu akan
sifat mahkluk ciptaan-Nya. Lelaki memiliki cuma satu nafsu iaitu keinginan
untuk melakukan seks dan adalah Halal apabila lelaki memperisterikan seorang
perempuan mengikut syarat yang telah ditetapkan dalam Islam. Apabila lelaki
mempunyai cukup syarat untuk beristeri dua, tiga atau empat, maka bukan menjadi
kesalahan seorang lelaki untuk berbuat demikian. Namun, ramai kaum perempuan
tidak setuju untuk menerima hakikat.
Kesimpulannya, perempuan
lebih bersikap ego dan keegoan perempuan itu tidak seharusnya melebihi keegoan
lelaki.
Mengatasi keegoan diri
yang negatif
1. Keegoan yang berunsur
negatif harus dihindari dan bersikap terbuka untuk menerima pandangan orang
lain seterusnya menilai dari pelbagai aspek.
2. Cuba memahami dan
mengkaji baik buruknya dahulu sebelum menolak sesuatu perkara.
3. Bersikap "mind
reader" untuk menjadi seorang fleksibel dalam mengatasi segala masalah
yang melibatkan semua/banyak perkara.
4. Jadi seorang
"pendengar". Seorang pendengar dapat menambah ilmu dari pengalaman
orang lain, oleh itu tidak perlulah bersikap ego dengan ilmu yang kita ada.
Sebabnya, ilmu itu tiada penghujungnya dengan kata lain, ilmu itu luas.
*pahal aku banyak madah
pompuan salah owh??? Mungkin terdapat kesalahan fakta yang terkandung dalam
penulisan ini. Segala yang baik datang nya dari Allah dan kesilapan itu datang
dari diri saya sendiri”
"Biasalah.... bila
kita menulis, ada orang yang tak terasa berkaitan dengan kehidupannya dia akan
rasa suka dan mungkin bila ada satu tulisan yang terkena batang hidung dia maka
dia akan bengang. Itu menunjukkan dia manusia normal. Alhamdulillah."
No comments:
Post a Comment