Monday, April 22, 2013

masalah 21

pedih , perit , sakit ... tapi itu semua lumrah hidup manusia yang perlu ditanggani .Menggeletar aku nak menaip apabila mendengar berita yang tak pernah aku sangka selama nie . aku ingat dia cuma berpura-pura .. tapi dia serius .. ya allah kuatkanlah kekuatan dalam diri aku ini . aku bermohon kepadamu ya allah ...

kita dah sayang dia .. setia dekat dia .. tapi aku tak faham jenis yang macam mana lagi dia inginkan ?? memang semua orang akan merasa cemburu apabila pasangan kita keluar dengan orang lain...kalau tiada perasaan cemburu ` maybe something wrong . bagi aku tidak salah kita memberi pasangan kita bersosial ( communication) dengan orang lain ... kita hendaklah memahami kehendak dia juga...tidak semestinya kalau hendak dia setia pada yang 1 kita kena mengawal dia daripada berkawan dengan orang lain ..contohlah ...pasangan awak ( perempuan) terpaksa bekerja disebuah syarikat yang pekerja semuanya lelaki tetapi dia seorang perempuan disitu ... adakah awak membenarkan dia bekerja disyarikat tersebut atau mencari syarikat lain ?? tetapi gaji disitu dibayar lumayan.. senang sahaja nak jawab soalan tersebut .. kalau kita percaya dengan pasangan kita ... kita tidak perlu risau , melainkan dia `yang merosakkan kepercayaan kita kepadanya... insyallah ... allah yang maha kuasa akan permudahkan urusan didunia ini..Setiap orang ada keadilan diri sendiri . jika itu` yang telah tertulis` .... kita hanya mampu berdoa...

kecewa or tersilap langkah aku nie ?? pernah tengok cerita `ombak rindu`... apa yang korang memahami apabila berada disituasi `maya karin dan lisa surihani... lelaki `aaron aziz .. apa pulak yang korang fikirkan... seorang lelaki yang berjiwa binatang.. tanpa belas kasihan ..angkuh .. akhirnya jatuh , kesal dengan perbuatannya sendiri .. tuduh tanpa asal usul periksa .. akhirnya badan yang binasa .. saya nak tanya .. lelaki memang tabiat macam begitu ke ?? tidak terfikir ke apa yang dia buat boleh menjatuhkan maruah seorang perempuan .. hmm itulah yang dikatakan naluri seorang wanita yang harus ditempuhi ..


sebab itu kalau awak-awak semua perasanlah.. ramai wanita bertukar menjadi `pengkid` or tomboy ?? logiklah ... mereka sudah benci jadi perempuan yang lemah dan stupid mendengar kata-kata janji manis lelaki ... FED UP lah dengan semua nie .......... ,

Sunday, April 21, 2013

JOM DENGAR

ego ?? kenapa semua orang mempunyai ego ?? kita tidak suka lah .. hmm

cubalah berfikiran RASIONAL sedikit ... berfikir dahulu sebelum membuat keputusan ... nanti hati yang merana . kawan-kawan nak tahu tak perbezaan ego lelaki dan perempuan .. jom kita dengar sama-sama :)

EGO LELAKI

Keegoan seorang lelaki akan timbul/wujud bila dirinya "sempurna" sama ada dari segi kewangan, paras rupa atau kelebihan yang ada pada dirinya. Namun, golongan seperti ini tidak ramai kerana kebanyakkan lelaki lebih bersikap berfikiran terbuka dengan pelbagai perkara. 

Hal ini tidak dapat dinafikan juga kerana lelaki di anugerahkan sembilan akal dan satu nafsu. Bermakna, lelaki lebih pandai berfikir berbanding perempuan. Namun begitu, ada kelemahannya iaitu jika lelaki tidak menggunakan kelebihannya itu kearah kebaikkan. Maka lelaki itu akan menjadi 'liar' atau banyak berfikiran negatif. Sebaliknya, kelebihan lelaki akan berlipat ganda bila dia bijak menggunakan kelebihannya itu kearah 'kebaikkan' atau sesuatu yang bermanfaat. 

Dalam kenyataan ini, keegoan lelaki wujud apabila tidak menggunakan akalnya dengan baik dan akan bersikap 'bodoh sombong'. Sikap ego yang negatif ini wujud bila dirinya DICABAR dengan sesuatu yang 'bodoh' atau perkara yang sia-sia dan akan memakan dirinya sendiri.

Lelaki bersikap ego apabila dirinya dikelilingi perempuan. Betol ke? Ada sebabnya... Lelaki memang ingin kelihatan 'macho' atau 'hebat' dikalangan perempuan. Kenapa? 

Antara sebabnya, lelaki mempunyai sifat semula jadi yang mendorong mereka untuk bersikap seperti itu. Begitu juga perempuan bila dirinya diminati oleh lelaki. Selain itu, lelaki lebih cenderung menunjukkan sikap egonya dihadapan perempuan kerana sifat seorang lelaki dalam memainkan peranan untuk menambat hati perempuan. Hal ini adalah normal kerana setiap mahkluk ciptaan tuhan yang berjantina "lelaki" sememangnya memainkan peranannya untuk "memikat". Dan proses memikat hati perempuan memerlukan egonya tersendiri untuk meyakinkan bahawa dirinya berpotensi untuk menjadi ketua keluarga. 



EGO PEREMPUAN




Perempuan juga bersikap ego apabila menyedari dirinya sempurna terutamanya dari segi kecantikkan dan taraf pendidikkan. Golangan perempuan mempunyai keegoan yang lebih tinggi berbanding lelaki dan agak rendah perempuan yang mampu "mengawal" ego mereka, dengan kata lain, tidak ego. 

Lebih-lebih lagi, sejak kepentingan wanita 'dibela' dengan kata lain memperjuangkan hak-hak wanita. Hal ini secara tidak langsung "membakar" semangat para wanita untuk berjaya dan mempunyai masa depan yang cerah kerana ingin dirinya dihargai dan dihormati. Memang benar dan tidak salah, hak-hak wanita perlu diperjuangkan untuk melindungi para wanita. Dan kesannya juga positif, wanita kebanyakkan mampu berjaya setanding dengan kaum lelaki tanpa merasa diri mereka(wanita) akan dipinggirkan jika mereka berkemampuan dalam sesuatu bidang.

Namun begitu, ada kesan negatif yang agak ketara walaupun tidak salah dari segi undang-undang namun kesannya boleh menjejaskan cara hidup manusia yang sedia kala. Antaranya, perempuan yang berjaya merasa dirinya boleh hidup tanpa suami. Jelas sekali, keegoan yang tinggi dimiliki oleh perempuan tersebut. 

Memang kita tidak boleh menghalang mereka(perempuan) berbuat begitu kerana mereka mempunyai hak untuk hidup dengan caranya sendiri. Andai kata majoriti perempuan berfikiran begitu, apa kesannya? Sudah tentu peratusan perempuan enggan berkahwin semakin meningkat seterusnya menyebabkan golongan lelaki tidak mampu untuk memperisterikan golongan seperti mereka. Hal ini kerana, ego perempuan itu sendiri iaitu merasakan dirinya sangat "mahal" untuk diperisterikan.

Bagaimana pula lelaki yang berkerjaya tinggi? Adakah lelaki mengambil berat tentang hal itu? Semestinya tidak, kerana kaum lelaki tidak memikirkan taraf hidup si perempuan itu. Sebaliknya menitik beratkan sikap atau ciri-ciri yang sesuai untuk menjadi teman hidupnya supaya mampu bertolak ansur dalam pelbagai cabaran yang bakal dihadapi semasa berumahtangga kelak. Jelaslah, lelaki tidak ego dalam hal ini.

Kebanyakkan perempuan juga jarang memiliki sikap bertolak ansur dan sering mempertahankan idea atau keputusan yang ingin dibuat. Berbeza dengan lelaki, kerana mereka 'fleksibel' atau berfikiran terbuka dalam membuat keputusan dan menerima pendapat. Hal ini terbukti apabila kaum lelaki menerima pendapat isu tentang "menjaga kepentingan hak-hak wanita". 

Namun begitu, mengapa perempuan tidak bersikap terbuka dan kurang menerima apabila "lelaki ingin berpoligami" menjadi isu? Adakah berpoligami itu salah? Semestinya tidak, kerana Islam telah membenarkan lelaki berpoligami maksimum empat orang isteri. Sudah tentu ada sebabnya Islam membenarkannya kerana Allah Maha Mengetahui dan Dia tahu akan sifat mahkluk ciptaan-Nya. Lelaki memiliki cuma satu nafsu iaitu keinginan untuk melakukan seks dan adalah Halal apabila lelaki memperisterikan seorang perempuan mengikut syarat yang telah ditetapkan dalam Islam. Apabila lelaki mempunyai cukup syarat untuk beristeri dua, tiga atau empat, maka bukan menjadi kesalahan seorang lelaki untuk berbuat demikian. Namun, ramai kaum perempuan tidak setuju untuk menerima hakikat. kurang menerima apabila "lelaki ingin berpoligami" menjadi isu? Adakah berpoligami itu salah? Semestinya tidak, kerana Islam telah membenarkan lelaki berpoligami maksimum empat orang isteri. Sudah tentu ada sebabnya Islam membenarkannya kerana Allah Maha Mengetahui dan Dia tahu akan sifat mahkluk ciptaan-Nya. Lelaki memiliki cuma satu nafsu iaitu keinginan untuk melakukan seks dan adalah Halal apabila lelaki memperisterikan seorang perempuan mengikut syarat yang telah ditetapkan dalam Islam. Apabila lelaki mempunyai cukup syarat untuk beristeri dua, tiga atau empat, maka bukan menjadi kesalahan seorang lelaki untuk berbuat demikian. Namun, ramai kaum perempuan tidak setuju untuk menerima hakikat. 


Kesimpulannya, perempuan lebih bersikap ego dan keegoan perempuan itu tidak seharusnya melebihi keegoan lelaki.

Mengatasi keegoan diri yang negatif

1. Keegoan yang berunsur negatif harus dihindari dan bersikap terbuka untuk menerima pandangan orang lain seterusnya menilai dari pelbagai aspek.

2. Cuba memahami dan mengkaji baik buruknya dahulu sebelum menolak sesuatu perkara.

3. Bersikap "mind reader" untuk menjadi seorang fleksibel dalam mengatasi segala masalah yang melibatkan semua/banyak perkara.

4. Jadi seorang "pendengar". Seorang pendengar dapat menambah ilmu dari pengalaman orang lain, oleh itu tidak perlulah bersikap ego dengan ilmu yang kita ada. Sebabnya, ilmu itu tiada penghujungnya dengan kata lain, ilmu itu luas.

*pahal aku banyak madah pompuan salah owh??? Mungkin terdapat kesalahan fakta yang terkandung dalam penulisan ini. Segala yang baik datang nya dari Allah dan kesilapan itu datang dari diri saya sendiri”

"Biasalah.... bila kita menulis, ada orang yang tak terasa berkaitan dengan kehidupannya dia akan rasa suka dan mungkin bila ada satu tulisan yang terkena batang hidung dia maka dia akan bengang. Itu menunjukkan dia manusia normal. Alhamdulillah."







Monday, April 8, 2013

papa BARU

bergambar .... wow.... memang berseronok kan kalau bergambar ini . haha .... sebenarnya kali ini mia ingin menceritakan aktiviti mia bersama papa baru . nak tahu sebab apa ... kenapa papa kita baru ... hahaa .. bukan orang lain , tapi orang yang sama . sebabnya ... jeng- jeng .... cuba nilaikan perbezaan papa LAMA degan papa BARU....


      mesti terkejut tengok perubahan dia yang semakin comel di hati ku , bersungguh-sungguh dia membuat perubahan disebabkan ketegasan mia pada dia :) mia bukan apa , perubahan ini bukan untuk mia saja-saja .... tapi untuk diri dia juga !! .. tetapi masalahnya sekarang ... mia sangat takut kalau dia tersangkut dengan orang lain .. yela kan ,
 dia semakin handsome dengan bentuk badan yang sasa itu ..


mia takut kehilangan dia ,sebab dia semangat aku selama ini !! , seburuk mana ,sejahat mana ... dia tetap boleh jaga aku sehingga sekarang .. susah nak cari lelaki yang amat menyayangi kita ... sedangkan aku , masih tercari-cari orang lain . jahatnya aku ..mensiakan orang yang sudah ada di DEPAN mata.

     aku tertanya-tanya ... macam mana nak beritahu padanya .. bahawa aku betul-betul sayang dekat dia ?? .. cakap dengan mulut , boleh percaya ke ? ....






tolonglah percaya pada diri ini .. itu sahaja permintaan ku.
adakah ada sesuatu hikmah atau keajaiban bakal muncul dalam hidup aku.. amin amin ya rabal al aminn .
manja , periang , nakal , comel , ...... itulah dia..

perangai kami serupa . haha , nak tahu tak apa dia ?? pantang nampak cermin dan pantang nampak kamera ......




macam-macam gaya kami kan , jangan cemburu taw kawan-kawan :)







Saturday, November 17, 2012

please ...



bismillah .... hai kawan-kawan ... hari ini mia sedih sangat ... entahlahh ... kemana sudahan cinta aq dengan ilyas . aku risau sangat . aku takut kehilangan dia . aku tak kuat kalau dia dah hilang dalam hidup aku . hmm . ya allah .. kuatkan semangat hamba mu ini untuk menerima segala dugaan ini . aku belum bersedia lagi . sebab dia .. semangat aku ..

Friday, October 19, 2012

genting pulak

sorry kawan , mira sangat sibuk dengan banyak kerja yang perlu disiapkan . hmm
sakit sangat sem niiie ! tiada ruang untuk relaxing . hhm

sepatutnya cerita yang mira ingin sampaikan dari hari itu lagi , tapi tiada kesuntukan masa diberikan untuk mira . okea .. sekarang mira mulakan cerita taw ..
          mula-mula begini ceritanya ... pada suatu hari dijalan highway yang dingin dan tempat yang mira belum lalui..cuba teka dimana ... haha ... mira di GENTING HIGHLAND .. mira baru sahaja melalui pengalaman disitu ... mira nie memang ketinggalan sangat kan .. hehe .. merendah kan diri pulak -.-

mira pergi bersama tiga orang lagi .. iaitu ilyas , kak wa ( kakak ilyas ) dan abang wawan ( bf kak wa ) huhu... kami berempat pergi tanpa merancang .. jeng jeng jeng. . .



memang menyeronokkan ....




boleh tak mira ingin terbang .. haha



sejuk dan nyaman sangat kat sana :)


ada masa lagi . kami akan datang lagi :)

Monday, September 24, 2012

happy befday awak

okea ... mia ingin menceritakan kisah mia menyambut hari kelahiran ilyas yang ke-20 , seronok sangat-sangat ! korang nak tahu dekat mana kami sambut ? iaitu di BUKIT AMPANG <3 wwooww ... function giler lepak dekat situ .. kelihatan bandaraya kuala lumpur pada waktu malam yang aman dan tenang :)

di situ juga terdapat gerai-gerai makan iaitu gerai steam bot , char keow teow , sinsha dan macam-macam lagi . kami berdua betul-betul lepak - ing   berdekatan deretan bukit yang curam . hah , anda berani ? hehe .. masa tuwe , kami pergi selepas hujan reda .. memang sejukn gila malam uwh ...

cerita pasal hadiah pulak .. mia memberi sehelai baju  (bukan baju sebenar) haha ... memang dia gembira dengan pemberian hadia aku tersebut .. sebab ape .. citarasa kami memang serupa :) saya sayang awak gemukk .

Friday, September 7, 2012

merdeka raya :p

wahhh .. kita dah merdeka ke ? cepatnya masa kan .. tapi aku je masih belum merdeka rasanya .. hahaha


mesti kawan-kawan pelik kan .. biarlah rahsia :)


                  tahun ini mia sambut merdeka di ICT bersama abang sayang saya , kakak dia dan pakwe akak die .. seronok sangat.. ramai sangat orang di sana .



disebabkan kelaparan teramat sangat .. kami pun makan ayam KFC yang berdekatan dengan kawasan dekat ICT ini dibelanja oleh abang Wawan :) yummyyy