Monday, February 6, 2012

keinsafan diri


Kini aku sudah menjumpai diriku yang sebenar.aku tidak boleh menjadi seperti orang lain..mungkin aku masa itu masih tidak lagi matang agaknya..aku mengubah diri aku semasa aku semester 2...agaknya sudah memiliki banyak kawan baru di tempat baru..aku ingat dengan perubahan aku ini dapat membuat aku gembira , tapi kesudahannya...membuat aku jauh dari asal usul ku...kenapalah aku tidak mempunyai pendirian yang teguh.kini baru aku sedar.

Aku bersyukur sangat,aku sempat mengubah diri ini sebelum terlambat.aku tidak dapat bayangkan jika aku tidak sempat.Drama –drama yang ditayangkan di televisyen memberi aku sedikit keinsafan.aku malu dengan diri aku yang sebelum ini,kerana.aku sudah menayangkan aurat ku pada orang lain..masuk semester 2 aku mula mendedahkan aurat aku dengan tidak memakai tudung , memakai pakaian yang sedat..aku mula berfikir..cepatnya aku terpengaruh dengan orang disekeliling aku..walaupun solat tetap dirikan ,tapi berpakaian yang mendedahkan aurat..orang akan tetap fikir kita tidak sembahyang..kita Cuma manusia biasa yang tiada kuasa untuk menutup mulut orangkan..inilah antaranya ujian allah kepada kita.



Selepas selesai menunaikan solat,aku kerap berdoa supaya aku dijauhkan dengan kejahatan dan kejahilan.aku risau sangat jika aku mempunyai dosa sesame manusia..sebabnya jika tidak mendapat keampunan darinya..sengsaranya hidup kita nanti didunia apatah lagi di akhirat nanti..sebab itu aku mempunyai sikap yang segan untuk meminjam atau meminta tolong..aku fikir,aku kan membebankan mereka..Syurga dibawah kaki ibu,so...kita kenalah mendengar katanya...sebab doa seorang ibu selalu termakbul..insyallah..



Adakah dia sudah memaafkan diri aku ini kerana aku melukai hatinya..??.message terakhir dia, aku masih simpan...mungkin itu hikmahnya aku menyalin semula msg dia dalam laptop sebelum hanset aku sudah tiada...aku dengar dia sudah menjumpai seseorang..aku mendoakan kebahagiaan kamu berdua..Aku pun sudah menjumpai teman hidup..Aku bahagia disampingnya sekarang..kami sudah 1 tahun 25 hari mengharungi bersama-sama..Macam-macam dugaan yang menimpa pada kami dalam setahun aku mengenalinya..dan yang menyedihkan lagi kami hampir hendak berpisah.Masa itu aku takut sangat jika kehilangan dia..



Aku berazam tahun ini , aku ingin menjaga hubungan aku dengan sidia sehingga atas pelamin..insyallah..aku sayang sangat padanya..aku percaya padanya yang dia akan menjaga aku dan mendidik aku..Dulu semasa aku mula-mula mengenalinya aku berasa segan dan berasa janggal jika berdua dengannya..tapi itu dulu , sekarang aku berani buli dia. Hehe , aku suka dengannya sebab cara dia semasa hendak memikat aku dulu , dia jenis tidak cepat mengalah ! . aku rasa dalam kamus hidupnya tiada perkataan GIVE UP kot...aku suka lelaki seperti dia..walaupun masa itu aku sudah mempunyai teman lelaki , dia tetap ingin mencuba nasib...


Aku Cuma berharap dia dapat menerima aku seadanya..Cuma itu sahaja yang aku harap padanya ..bagi aku , dia sudah cukup sempurna pada mata aku. NURUL AMIRA BINTI AZIZ ingin bersama ILYAS BIN KAMARUDDIN sepanjang hayat boleh tak ? .Dan disini AMIRA ingin membuat permintaan iaitu belikan saya ais-krim boleh tak ? penatlah saya mengarang .hehe. terima kasih  awak ( jika permintaan saya ditunaikan) tak nak cakap dengan awak ( jika permintaan tidak ditunaikan).

No comments:

Post a Comment