Thursday, June 14, 2012

percutian di MELAKA


Okea , mia nak cerita tentang percutian mia sekeluarga di BANDARAYA SEJARAH MELAKA . untuk semalam sahaja .Sewa semalam pun untuk 1 bilik RM270 aw .Tapi yang pasti aku tak keluar duit aku .Memang tak lah . huh , Kos bajet aku nanti lari nak pergi SUNWAY LAGOON minggu depan . huhu .
Kami sampai di resort pada pukul 2 petang . sepatutnya ,kena tempah bilik dulu . tapi kitorang tempah masa itu juga . hahaha ..Itupun nyaris-nyaris ada bilik , memang penuh kot . Suasana kat tempat itu pulak boleh lah tahan , yang menarik lagi tempat mandi kolam betul-betul depan lobby . Chhhuuiiii , segan gila kalau aku nak mandi kat situ .Kemas sahaja beg , terus tukar pakaian . turun ke laut untuk menjamu selera yang dibekal oleh masakan mama aku dari rumah tadi . ^_^ . dengan periuk nasi bawa sekali , addooyyy . menu makan petang kami ialah gulai kari daging , sambal sotong dan ikan masin .Dengan muka kelaparan , kami pun terus lahap . hahaha ..

Selepas berkemas , adik-adik aku dengan tak sabar nak mandi , terus berlari ke mandi kolam . ayoyoyo ......aku pula lain kerja nya , aku , dah Nampak WIFI AVAILABLE HERE . online la kerja aku . J .peace yyooo , update status sahaja kerja aku . hehe , aku malas mandi , disebabkan jaga kulit muka ini . tension aku . asal mandi , badan gatal-gatal . Minggu lepas ,baru jep mandi kat desa waterpark , menyesal aku dok berjemur .. AMEK KO .. lengan aku dah macam anak mat bangla da -.-
 Its okea , minggu depan aku akan pergi ke sunway pulak , abes lah gelap kulit muka aku . mesti berbelang nanti !

Malam pulak kami sekeluarga beli ayam untuk membuat bakar-bakar , sementara pula ade team yang buat event jugak . so ,abah aku rancang tumpang dapur dorang untuk bakar ayam . hahaha , selepas siap membakar , kami pun makan di dalam bilik . sedapp nyaa..perut sudah kenyang , mama aku plan nak mandi kolam lagi.huh ,segan siott . orang sedang buat events kat kolam uwh , mama aku nak mandi .. chooii . aku pun layan je lah kerenahnya ,Cuma aku ,mama dan ieqa sahaja yang pergi . tapi tujuan aku keluar bukan sebab nak mandi , tapi nak online jep . Sambil online, dengar muzik yang dipasang oleh pihak hotel tersebut.lagu bukan main rancak lagi . haha

1jam kemudian , mama aku nak balik bilik , tapi aku dengan ieqa nak stay kat situ lagi :)kalau sudah layan fesbuk memang tak ingat dunia aku ini . tiba-tiba datang pulak mamat hensem nie dengan membawa makanan dan minuman.ambooyy ...layanan terbaik nya. Sempat juga berkenalan dengan mamat-mamat yang bekerja disini.Sempat juga nak bertukar-tukar nombor telefon,itu yang aku paling lemah uwh , sori broo , tak dapat eden nak kasilah . dorang Cuma dapat nombor ieqa sahaja . haha . serabut kepala ieqa layan mereka.




Esok paginya , aku bangun-bangun , mama dan abah aku tiada.Mungkin beli sarapan agaknya . adik aku pula pergi mandi dikolam.Selepas semua sudah bersiap kemas barang,kami pun check out dan plan nak pergi ke BANDAR HILIR.chooii , bukan main susahnya nak sampai ke Bandar hilir tersebut,dengan jalan sesaknya ,dengan cuaca panas teriknya lagi . dugaan-dugaan , sampai abah aku dah give up .Tapi mama aku tetap nak kesana juga .Bagi jelah,Akhirnya sampai juga akhirnya ... sampai sahaja terus mencari cendol yang tersedapp mama aku cakaplah.. terbaikk, aku order CENDOL AIS-KRIM. Perut kami pun sudah kenyang terus choowww . balik ke rawang . itu sahaja kisah dari mia bercuti di BANDARAYA SEJARAH DIMELAKA J tata

No comments:

Post a Comment